23 August, 2010

Telekung Eksklusif dan Istimewa Pilihan Muslimah Sejati

Salam sejahtera saudari semua,

Pernahkah saudari menghadapi masalah kurang selesa ketika menunaikan ibadah sama ada ketika solat, mengerjakan haji atau umrah? Sehinggakan saudari kurang selesa dan sering gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang muslimah dengan penuh kesempurnaan? Atau saudari tercari-cari telekung idaman buat hadiah dan hantaran untuk hari bahagia?

Hai, nama saya Idzhanz. Secara ikhlas saya pernah menghadapi beberapa masalah seperti yang saya nyatakan tadi. Bahkan ramai di antara saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan turut menceritakan masalah yang sama. Sepertimana yang saudari semua sedia maklum, hampir setiap kali saudari mengerjakan ibadah utama iaitu solat, telekung adalah antara perkara paling penting yang perlu ada bagi memastikan ibadah lebih sempurna dan khusyuk ketika mengerjakannya.
Bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah, telekung adalah pakaian utama para muslimah di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Keselesaan ketika memakainya adalah sesuatu yang amat diperlukan disamping menutup aurat dan kelihatan kekal anggun, lebih-lebih apabila berhadapan dengan Yang Maha Mencintai di depan Kaabah.
Ada juga yang berhadapan kesukaran mendapatkan telekung eksklusif dan elit buat hadiah atau hantaran ketika hari pertunangan mahupun perkahwinan.

Justeru, sebagai seorang usahawan muslimah, saya terpanggil untuk membantu saudari-saudari mendapatkan segala yang diperlukan pada sehelai kain telekung. Selesa, kerana fabriknya yang bermutu tinggi, elegen disebabkan fesyennya moden dan terkini, cantik, lantaran sulamannya begitu indah sekali, anggun kerana ia pasti idaman di hati. Segalanya ada di sini, di Idzhanz Collection!!

Anda mungkin meminati

Related Posts with Thumbnails